Pembangunan semenjak Perang Dunia II Pertempuran_anti-kereta_kebal

Dalam era lepas perang, HEAT menjadi pilihan hampir kesemua senjata selain unit artileri dan unit kereta kebal. Pihak British telah membangunkan HESH, atau kepala penyek letupan kuasa tinggi (high explosive squash head), kepala peledak sebagai peranti anti-konkrit bertujuan menyerang kubu semasa perperangan, dan mendapati ia amat berkesan bagi kereta kebal. Sebagaimana HEAT keberkesanannya adalah sama pada jarak jauh atau jarak dekat. Secara umum sistem ini membenarkan infantri untuk menangani kereta kebal terbesar, sungguhpun pada jarak dekat. Tetapi sistem pelancer jarak dekat kekal menjadi masaalah. Peningkatan dalam taktik gabungan persenjataan membenarkan infantri yang menyerang bagi menumpaskan krew anti-kereta kebal dengan berkesan, bererti mereka biasanya hanya mampu melepaskan satu atau dua tembakan sebelum dipatahkan atau dipaksa bergerak.

Pencarian bagi sistem pelancar jarak jauh yang sesuai memakan kebanyakan masa era selepas perang. Pihak Amerika Syarikat memilih rifle tak anjal, rekabentuk 75-mm yang digunakan secara meluas, dan yang kurang ditemui reka bentuk 90-;mm dan 106-mm (yang terkemudian biasanya dipasang pada jip dan bukannya dihela oleh infantri merentasi medan pertempuran.). 106 mm membentuk asas bagi kenderaan anti-kereta kebal, kereta kebal Ontos, yang dinaiki enam orang. Soviet Union turut membina rifle tak anjal dalam pelbagai kaliber bertujuan untuk digunakan sebagai senjata anti-kereta kebal, yang biasanya 73 mm, 82 mm, dan 110 mm (hanya 73 mm keal dalam perkhidmatan dengan tentera Russia hari ini, sungguhpun dua yang lain boleh dijumpai diserata dunia disebabkan bantuan Soviet semasa Perang Dingin). Pihak British menggunakan rekabentuk 120-mm (4.7-inci) yang besar, siri BAT, yang berkhidmat semenjak 1950s sehingga digantikan oleh MILAN, tetapi biasanya terlampau berat untuk kegunaan infantri dan perlu ditunda atau dipasang atas kenderaan bagi pergerakan.

Penganti kepada rifle tak anjal terletak pada pembangunan peluru berpandu (wayar), atau Senjata Dipandu Anti-Kereta Kebal (Anti-tank Guided Weapon - ATGW). Sistem ini mulai digunakan pada akhir 1950-an dan 1960-an yang mampu menumpaskan sebarang kereta kebal yang diketahui pada jarak melepasi meriam yang mengiringi pasukan infantri. United Kingdom, Perancis dan negara NATO lain merupakan yang terawal membangunkan senjata seumpamanya (contoh peluru berpandu Malkara UK/Australia 1958). Amerika Syarikat merupakan antara yang terakhir, menghasilkan BGM-71 TOW pada 1970, yang lebih berkuasa dan mudah digunakan berbanding kesemua peluru berpandu sebelumnya, dan akhirnya merupakan senjata anti-kereta kebal dipandu wayar yang paling banyak digunakan di Barat.

Dari tentera utama dunia yang lain, terutamanya Soviet Tentera Merah, dan sesetengah negara lain mengekalkan meriam anti-kereta kebal dalam jumlah tidak besar, kebanyakannya bagi kaliber 100-mm, 115-mm, dan 125-mm. Meriam anti-kereta kebal 125-mm amat besar dan kekok, dan memerlukan traktor berkuasa bagi menundanya bagi jarak jauh, tetapi ia agak murah dan berpotensi berkesan (terutamanya kini ia telah dipertingkatkan dengan pencari jarak laser dan [[uranium particularly now that they have been upgraded with laser rangefinders and peluru uranium terpakai), sungguhpun ia tidak jelas berapa berguna kegunaan taktik mereka dalam kebanyakan jenis perperangan. Semasa Desert Storm sebagai contoh, kereta kebal yang diletakkan dalam perkubuan amat terdedah kepada banyak sistem persenjataan dan mampu dilihat dari jauh. Dalam persekitaran dengan lebih banyak pelindungan ia lebih sukar dijejak.

Untuk seketika ia kelihatannya seperti kegunaan kereta kebal adalah lapuk dan ketinggalan, sepasukan kecil infantri dengan beberapa peluru berpandu di tempat terselindung mampu menangkis sejumlah kereta kebal yang terbesar dan paling mahal. Pada tahun 1973 Perang Yom Kippur, peluru berpandu panduan wayar generasi pertama Soviet yang ditembak oleh pasukan Mesir menyebabkan kemalangan besar kepada unit Pasukan Pertahanan Israil - (Israel Defense Forces IDF), pertempuran yang menyebabkan krisis keyakinan kepada pereka kereta kebal.

Antara rekaan baru bagi menumpaskan peluru berpandu AT, sesetengah kereta kebal (seperti M-84, variasi Yugoslav T-72) dilengkapi dengan penderia pergerakan yang apabila mengesan tanda tangan haba pelancaran peluru berpandu, akan secara automatik membidik dan menembak mesingan pada sumber pelancar. Berhadapan dengan kereta kebal ini dalam jumlah yang besar semasa Perang Yugoslav, unit yang bertempur dengan mereka menyesuaikan diri dengan menembak peluru berpandu dan bergerak atau menembak banyak peluru berpandu secara serentak, yang menumpaskan penderia.